Saturday, February 12, 2011

:: Diam! ::

tade chemistry untuk bersama yang laen!
lantas maseh menunggu,
walaupun hanya dalam diam!

xoxo,

only you.....

Thursday, January 27, 2011

:: Pelik! ::

Kalau nak fikirkan pasal duit,sampai ke mati pon guna duet!
Tak payah nak berkira sangat!
Lebey lagi untuk diri sendiri dan anak beranak sendiri!
Bukan selalu,
Setahun sekali pon payah!
Lagipon kau bukan termasuk dalam golongan tak mampu!
Asyik nak harap orang laen sponsor hidup kau!
Apa guna kau kerja pagi petang siang malam?
Untuk siapa?
Malu sket!
 "Peminta sedekah kelas atasan!"



p/s : semua nak disuap tokey balak pon bole bankrupt!

Tuesday, January 25, 2011

:: Tawakal ::

Readers, post i kali nie is i nak share ngan uolls 2 berita! 1 berita baek and lg 1 berita tak baek tapi baek jugak la kot*for me la. Hurmphhh okess i nak bgtau berita yang tak baek dulu la. Bole? Hurmmph act 1 January 2011 i secara officially berhenti kerja at APSB. Sebab jangan di tanya mengapa. Yang i bole cakap i tak tahan! Grrrrrr~ Thats why i ckap berita tuh tak baek tapi baek la jugak pada i. Dari i kumpul dosa kering tiap hari lebey baek i angkat kaki. Riso mmg i riso. Yela keja sekarang susah nak dapat. Lebey-lebey lagi orang sekarang bertambah bijak cerdik. Habisla cemane i nak bagi nafkah pada 6 orang anak i kat umah tuh? hikhikhikhik.. Tapi dont worry yea anak-anakku.. Rezeki Allah ada di mana-mana.

Okeys lets talk about the good news pulak k! Jeng-jengggggggg. Oleh sebab i dah berenti keja, I decided dengan membe i tok buat business. Business nie mmg boleh dikatakan tengah hot la juga sekarang nie. Business yang i tengah buat sekarang nie, is Handmade Chocolate with modern concept. Our brand is  ChocoLurve and our chocolate tagline is Fulfill Your Gift Imagination For Any Occassions! :) Evendo i tahu ramai yang tengah buat business yang sama dengan i tapi ikhlas i cakap sejak dari mula i buat keputusan tok berhenti kerja until now i 100% tawakal dengan setiap ujian yang Allah beri. And honestly walaupon baru je i menceburkan diri dalam bidang nie, dah bermacam ragam manusia yang i jumpa yang beri i sokongan and tak kurang juga yang kondem. Lebih parah yang kondem i tuh keluarga i sendiri. So sad! :( I sedar bahawa bukan mudah untuk kita menjadi senang and puaskan hati semua orang. But i yakin, apa pon yang kita buat jika kita niat kerana Allah, InsyaAllah ianya pasti akan membuahkan hasil yang lumayan. Petua yang utama ialah Dont Give Up! teheeeeee

So uolls sume, jangan segan jangan malu tok visit belog i yang lagi 1ChocoLurve nie ok! i sangat hargainya tau! :) Tengsssss and lots of love ! :) Btw, ini ada contoh pitcha produk i yang sempat di snap! :) Enjoy!


Oreo Choc


35 pcs alphabet and numbers praline

35 pcs alphabet and numbers praline

24 pcs alphabet and numbers praline

9 pcs alphabet and numbers praline

8 pcs oreo choc and 14 pcs praline




p/s : dah blogwalking jangan segan order dengan i okey? hihihihihi

Monday, January 24, 2011

:: I belom bersedia! ::

Rasanya tahun nie ramai sahabat handai i yang bakal berumah tangga! Yeahhhh Tahniah korang! Sometimes i rasa i yang overdose bila dengar cite kawan2 i yang sudah bertemu jodoh! Seronok jea. Yela mana tak nye masa sekolah dulu heboh semua nak kawen lambat. Semua takut nak kawen. Malu kununnyea. Kikikiki porahhhhh~ *Kalau ikutkan hati i, i pon nak kawen awal juge! teheeeeee gataiiiiiii! Hurmphhh pendapat i, i lagi rela kawen awal dari bercinta nak rak bertahun-tahun tapi tak kawen-kawen. Tapi semua tuh kan ketentuan Allah. Lambat atau cepat tak jadi masalah. Yang jadi masalahnyea ialah sudahkah anda bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri? If belom,lupakan jela niat nak kawen awal tuh.


Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh di pandang remeh. Banyak benda yang perlu dikorbankan untuk  mereliasasikan impian untuk menjadi pasangan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi kalau jodoh dah sampai awal nak buat cemane hek? Bersedia tak bersedia kenala juga hadap! Dalam dunia nie tiada apa pon yang mustahil. Ada bran? Cubalahhhh. hihihihi.

Sunday, January 23, 2011

:: sedikit marah ::

Panas hati je
bila terkenangkan statement sesorang tu!

"alah boifren/girlfren aku blaja sampai master,so nanti anak2 aku pon musti pandai macam boifren/girlfren aku! Buat apelah si senah tuh kapel dengan si sepul yang tak hensem tuh? padahal si senah tue lawa ape. Bukan tade rupa! Kalau aku dah lama aku tinggal si sepul tuh". Damn singkat benar otak kau pikir! Sah-sahla dia tue baru boifren/girlfren ko jerk! Belom jadi suami isteri kau pon!

Grrrrr. Jangan ingat kalau anda punya segala apa yang orang laen inginkan,anda sudah sempurna. Belum tentu ok. Harus ingat tiada seorang manusiapun yang sempurna. Pleasela. Tak salah kalau kita berkawan atau pun mencari pasangan yang kita rasakan terbaek dalam hidup kita tapi kita harus sentiasa sedar segalanya adalah milik DIA. Baek kita kaya mahu pun miskin,pandai, cantik itu semua adalah ujian dariNYA. Kita pon tidak tahu bagaimanakan keadaan kita pada esok hari. Daripada kita sebuk nak memuji-muji dan mengkritik kelebihan keburukan orang laen,why not kita perbaiki kelemahan diri kita sendrikan?

p/s : Allah knows the best! :)

Tuesday, August 17, 2010

:: Penat nak buat itooo iniiii ::

bapak lame gilers tak update blog!
*matyla aku readers sume dh larik =.="
larikla kan sebab blog dah bersawang!
salah sape?
salah sendrilah!!!
soryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy readers!!!!!

duhhh
tak tau cemane lagi nk kerah keringat
badan dah mule saket-saket
penat wooooooo..

cikedout this list :

Rutin harian shaye di bulan yg mulia ini!!!
pagi : bekerja di ofis (830-5.00)
-melayan dokumen-dokumen project bagai
-pergi ke rtm untuk membantu menghandle project! aceceh!
-mencari sales untuk kuih-muih raya shaye! * aish terpaksa bermulut banyak +  bermulut manis!

Balik - dapat tido best nieh.. lg lagi kalau tertido smpai waktu berbuke... (tak payah tolong mak masak lauk!!!) hahahhahah
*pemalas betol anak dara nieh! makan je tahu! =.="


coppppppsssssss!!! ko yang gegatal nak berbisnes di bulan puasa jadi jangan nak berangan sangatlah eh nak relax melax> ha sekarang rasain!! *sy meniaga beraneka nasi+lauk pauk dan juge kuih muih!!!! mai la dtg gerai sy! huhhu



 psssssstttttttttttttttttttttt.. balik dari gerai kt bazzar tuh dah tentu tentu penat hek melayan costumer! mintak itu mintak ini.. tambah ituu tambah iniiiiii! grrrrrr.. tapi takpe! sy rasa puassssss sngtttttt!sebab income die meletops!! huhuhhuhu

eh! belom boleh bergumbira lagik! tak boleh nk happy sngt selepas kira duit! kerja masih byk lgi! grrrrrr.. nk cuci pekakas, nk kemas brang2 niage, nk cari brang niage untuk esok hari pule.. grrrrrrr.. mmg sumpah penat!!!  huhuhuhu.. itulah rutin sy setiap hari di bulan puasa.. Penatkan??