Tuesday, March 30, 2010

:: rindu kalian ::

kalian is the best
my besties forever


kalian buat zaman remaja+sekolah saya bermakna
hummmppphh sungguh rindu amat pada kalian



dari belakang = nor hidayah , farah liyana , vice versa and juhana


dari kiri = zuraini , amiza hazirah , vice versa and nor hidayah

kami berkenalan di sebuah sekolah menengah yang mempunyai hostel ketika ditingkatan satu (1). normally mana ada kenal terus baek kan. gaduh-gaduh manja dulu. jeling-jeling ngada dulu. dah kenal tune memasing barulah start friendship.

kelas kami memang glamour habis lah time sekolah dulu. kami 1st batch yang amik aliran agama. duduk,makan,mandi,belajar kt hostel. classmate kami semua perempuan. so memang jadi kegilaan budak lelakilah masa tu. hot stuff la lebih kurang. hahhahaha.

kami dulu suka sangat baca novel + komik. time cikgu mengajar pon boleh layan. jangan tiru ya. kami "hantu" kepada komik gempak. coz dalam komik tu ada 1 cerita bersiri tajuk dia -under 18-. start dari itulah kami gelarkan geng kami under 18.

hahahaha sangat tak boleh blah. kalau you all pernah baca komik tuh,korang musti tahu watak dalam komik tuh camnakan. mak aiihh gangster habis lah mereka tuh. kami kat sekolah dulu pun macam tuh juga. tapi bukan gangster. cuma nakal. classmate yang lain pun tak suka sangat ngan kami. yelah budak nakal. mana ada orang nak dekat.

tapi kami ni famous . jangan tak tahu. salah satu sebab is leader kami nor hidayah juga merupakan ketua kelas kami untuk 3 tahun babe. dari tingkatan 1 sampai 3. muka dia jelah. hahhaa. bukan tak ada calon laen. tapi beliau sangatlah komited. paling best beliau gak merupakan pelajar harapan sekolah.

banyak kenangan yang kami cipta. ada 1 ni yang saya nak share.masa ni kami tingkatan 3. normallah kalau dah duduk kat hostel musti kena solat berjemaah. kami bukan liat solat jemaah tapi kami memang pangkah kalau junior kami yang sorang ni jadi imam. orang nya alim. so bila dah alim solat pun lama lah. dahla jadi imam untuk solat isyak. ngantuk babe nak tunggu dia habis baca surah. nak dijadikan cerita kami pun plan nak solat sendiri. kononnya pas habis solat nak terus cabutlah. so bila dah buat plan macam tuh kenalah amik saf yang paling belakang. beria-ria kami mengaminkan iqamah. lepas je junior kami tu start angkat takbir kami pon start. tongang tonggek kami solat. macam kilat. orang laen baru habis rakaat kedua kami dah habis solat. masa tuh memang suka habis la. tapi baru je nak kemas telekung semua masing-masing pucat. coz rupanya ustazah selaku warden dok berdiri relax kat belakang kami masa kami ngah syok bersolat. alamatnya dah terkantoilah kami masa tuh. dahlah beliau ustazah. so memang menjadi kepantangan bagi beliau bila ada student yang cilok-cilok ni. memang berasaplah telinga kami masa tuh. malu toksah cakaplah. classmate yang laen semua marah. cz dah potong masa diorang nk study. rasa nyesal pon ada. tapi yang paling kelakar bila ustazah tanya kenapa kami buat macam tuh,saya tanpa berfikir panjang terus menjawab "siddiqah lambat sangtlah ustazah. bacaan untuk rakaat pertama pon dah berjela2". pastu ustazah jawab "baik.siddiqah lepas ni ustazah lantik awak jadi imam untuk solat isyak! setiap hari".. kami terus buat muka toyar. nyesal babe. lepas je peristiwa tu ustazah hari-hari meronda surau masa solat isyak. =.=" huhuhuhuhu..

sekarang ni semua tuh jadi kenangan manis buat saya. nor hidayah belajar di uitm puncak alam. degree in .... apa ntah ((susah nak sebut)) bila dah habis belajar nanti beliau akan jadi pakar mata.

juhana pon sedang amik degree di uitm shah alam. amik QS. zuraini pula sedang belajar di usm, kedah. habis belajar nanti beliau akan jadi pakar fizik. amiza kat ums, labuan sekarang. amik banking management. farah liyana pula sedang berpraktikal. saya pula sedang membina kerjaya di sebuah syarikat swasta.

under 18, walaupun usia kita sudah menginjak 20-an, tapi kita tetap maintain as a best friends forever okeh.

may ALLAH bless~!!

love you guysss!!


ceritera ini telah di edit sedikit yeah~!! huuuhuh

Monday, March 29, 2010

:: heyyy ::

hummmpphhhh aneh kenapa perangai yang satu nih ibarat kembar siam dengan orang melayu ~dah tak boleh dipisahkan lagi~!!! =.=" gerrrrrr..

((phd tanpa perlu sekolah tinggi~!! ))

saya benci okeh
memang pangkah habis~habisan
sila jauhkan diri anda
dari saya
orang sebegini tak kenal pun tak rugi

anda curi idea saya
anda khianati saya
anda tak boleh lihat saya lebih
mulalah anda menyusun idea busuk
mulalah anda menguntum senyuman kambing
ouhhhh saya hidu okeh
bukan mahu berprasangka buruk
tapi itulah pengalaman yang saya dapat selama bersama anda~..

*perlukah terus bersama dengan manusia sebegini -ya Allah jauhkanlah aku dengan segala sifat yang tercela~!! -Amin-

Sunday, March 28, 2010

:: hanya Kau yang tahu ::

sudah terlalu lama menunggu
si dia kembali
sudah terlalu lama mengharap
si dia mengerti
sudah terlalu lama mendunggukan diri
hingga hati sudah hampir mati
hingga cinta sudah hampir basi

bukan mahu cerita duka digebang-gebangkan
tiada apa yang harus dibanggakan
kisah berusia 5 tahun tersungkur di tengah jalan

hanya Kau yang tahu apa yang tersirat
hanya Kau yang tahu kondisi hati ini

hati yang dulu segar
telah pun layu
hati yang dulu ceria
telah pun sepi

bukan tidak cuba yang baru
bukan tidak mencari yang laen
bukan jual mahal
sudahhhhhh cuba berkali-kali wok
tapi sadis

sungguh hati ini sudah mati
tidak bisa di hidupkan lagi
hanya bisa di baiki
maaf mungkin ku takkan mencintai sepenuh hati lagi
bimbang

- bila saat hati mati semuanya kau rasa sama -tiada yang berbeza~!!!

Berita Harian Online | 'Bekas suami nak jual anak RM2,000'

Berita Harian Online 'Bekas suami nak jual anak RM2,000'







-renungkan dimanakah peranan sebagai seorang lelaki yang sebenarnya.

Friday, March 26, 2010

:: cukup ::

cukuplah setakat ini
bosan dengan keadaan ini
perlu keluar dari kepompong yang menyesakkan ini
harus berubah~!!

-harus berubah.. ya itulah kata kuncinya


((entry ini hanyalah untuk diri saya sendiri))

p/s * orang yang tidak mahu berubah adalah orang yang berada di zon selesa dan bagi segelintir orang yang tidak mahu berubah walaupun tidak berada di zon tersebut mereka adalah orang yang perasan dan ego~.. masa untuk berubah..

Wednesday, March 24, 2010

:: Propa ::

jangan tersalah pilih
jangan terlalu memilih

isi dunia banyak yang tersirat
daripada yang tersurat

jangan terlalu mempercayai
jangan terlalu mencurigai

kata hati tidak semestinya betul
kata akal tidak semestinya salah

bukan mudah mahu buat keputusan
bukan mudah mahu menerima kenyataan

dunia pentas drama
sesiapapun bisa bikin propaganda

hanya DIA yang mengetahui
mana yang benar
mana yang salah

-hanya anda yang mengenali diri sendiri~!!

Tuesday, March 23, 2010

:: my powerpuff gurlz ::

saya nak gebang
bahawasanya saya ada
3 pahlawan kecil yang kiut miut
jangan cemburu ya ❤❤❤

yang akan membantu saya
yang akan menghiburkan saya
yang akan gelak bersama-sama saya
yang akan buli saya
yang akan menunggu kepulangan saya
dari mana-mana kerana mahukan jajan dari mak tehnya ni (✖╭╮✖)
yang akan ermmm ermmmm ermm apa lagi ya??
pendek kata hidup saya ceria dek kerana mereka bertiga
(◕‿◕✿)- love u sooo muchhh sayangs!!!!

- dari kiri Nurul aleeya umairah a.k.a si kepochi✹Nur kamelia athirah a.k.a si kurus✹Qausar nur qaseh a.k.a si ______ (belum jumpa yang sesuai) -



✹kepochi sudah berusia tiga tahun (3). anak kakak saya yang ke-2. kakak kepada Qausar, si ______. reporter/talipon karat terbaek nenek/mak saya. suka berangan pakai kasut tumit auntie2 dia. suka melaram make up auntie2 dia. tengok aja lah gambar yang saya tempekkan. bersungguh-sungguh dia mengayakan spek mata tok wan dia ketika itu dia berusia tujuh (7) bulan. tempekkan gambar di bawah adalah gambar latest beliau okeh. =.="

- =.=" no komen -


✹si kurus baru berusia sembilan bulan (9). anak kakak saya yang pertama. ((biasanya anak kedua akan kawin dulu)). badan memang kurus melidi. tapi makaihh ligat macam gasing. hobi dia tarik rambut orang masa orang tengah syok baring. sangat comell. belum nampak lagi gaya2 dia suka melaram macam kepochi. huhuuh


✹si ______ pula baru berusia satu bulan (1). adik kepada kepochi. walaupon masih baby tapi boleh tahan juga ragamnya. sudah pandai mengamuk bila ibunya lambat beri susu. sudah pandai memberi respon bila di agah. huhuu. maaf gambar sudah di edit tapi tidak dapat di muat naek kerana masalah teknikal.

-cepat besar yea sayangs. jadi anak saudara yang solehah. are-teh sayang kamu bertiga~!!-

~yes i lovin it~

Ya saya salah seorang "kipas susah mati" drama korea
sunggguuhhh terlalu suka
terlalu banyak sebab mengapa saya fanatik akannya
let's check it out~!!

  • actor/actress nya comel-comel

  • jalan ceritanya menarik

  • dressing actor/actressnya stylo mtylo

  • lagu-lagu (sound track) sungguh menyentap perasaan

  • skrip ceritanya tidak membosankan

  • kelakar

Banyak lagi sebab mengapa saya mengilai drama korea
sungguhh saya mahukan kisah hidup saya berakhir dengan gembira seperti dalam drama tersebut
terlalu ingin

hummmpppphhh titik


Monday, March 22, 2010

~diet oh diet~


serius susah nak menahan nafsu makan..
"makan untuk hidup"
tapi kalau sudah terlebih makan
buruk padahnya
buruk rupanya..
haishhhhh.. oouuhhh itulah yang terjadi pada diri saya... =.="


seluar sudah makin ketat
sungguh tidak selesa
baju sudah makin sendat
lebih rasa tidak selesa
sukar untuk buat kerja
fuuuhhhhhh


Double V,
kamu harus diet
secara serius okeh
kalau tidak kamu harus bersedia mengeluarkan pitis
untuk membeli baju+seluar baru
oooohhhh noooooo


makan banyak itu nikmat
tidur sesudah makan menjadi tabiat
bila sudah gemuk itu darurat
macamana badan nak sihat???


harus diet
harus bersenam
harus kurangkan gula dan garam
harus lebihkan air suam


okeh
saya akan serius berdiet
kerana saya mahu sihat
tanpa lelemak berlebihan di dalam badan
hooooooyeaaahhhhh!!!!

=.="-ramai sudah menegur perihal berat badan saya yang semakin memberat ini~!!

=)



......... don't let the pain of one season DESTROY the joy off all the rest.........

..hot.hot.hot.air.balloons..

hummmmpphhh.. sangatlah excited
bila kekanda saya yang ketiga (alang)
"menginvite" diri ini untuk join beliau memeriahkan lagi
Putrajaya Hot Air Ballons Festival..


serius saya memang siap beria-ria tahu... hahhahahahah
kerana saya sudah pun memasang angan-angan untuk
mengambil sebanyak yang boleh pitcha semasa festival tersebut..
ouhh saya memamg gila kamera -.-'..


sesampai je di Persint 2 Putrajaya terus saya tersenyum bangga
kerana saya hasrat saya untuk menjadi sebahagian rakyat Malaysia
yang berpeluang melihat belon-belon yang berisi udara panas dan berkaler luna
hampir menjadi kenyataan... (bangga wok...)

.......mata serius sepet dek kerana menahan panahan asmara sang matahari.......

kami berenam terpaksa berlenggang mak limah selama 5 minit untuk ke tapak festival dek kerana parking-parking yang terhampir sudah padat dengan kereta-kereta nasional dan juga international.. =.=

serius memang meriah festival tersebut.. saya maseh sempat ya mencuci mata..

hahhahahah saat yang ditunggu hampir tiba.. tetapi cuaca tidak mengizinkan semasa belon-belon sedang berlumba-lumba mahu dikembangkan, titis-titis air berlumba-lumba dari langit turun ke bumi berlari-lari penguin lah kami semua menuju ke parkir kereta..serius agak kecewa kerana impian saya hanya sipi-sipi yang dapat direalisasikan..jeles okeh dengan rakan-rakan yang telah memuat naik gambar mereka di muka buku.. =.="



(hampa wok..)



~tapi tidak mengapa. jika ada reseki,tahun depan saya datang lagi okeh.. (subuh-subuh saya sudah menjengah)!!!..~

Sunday, March 21, 2010

~intro~

....................
hummphhh setelah sekian lama berura-ura nak wujudkan blog
akhirnya hari ini dapat jugak merelialisasikan angan itu..

yeahhh semoga kewujudan blog ini sedikit sebanyak dapat memberi impak
kepada si pembaca-pembaca..

-AMIN-

...................