Monday, April 19, 2010

:: sedikit penat ::

entry kali ini
hanya untuk suka suka
lebih tepat hanya mahu mengisi masa kosong

ouuuhh bosan rasanya
walaupon bosan tapi masih punya rasa penat
penat dengan kehidupan
penat dengan masalah
penat dengan orang sekeliling
penat dengan biokrasi yang tak jemu-jemu menjengah

itulah kehidupan
selagi hidup
selagi bernyawa
selagi belum tiba masanya
selagi itulah penat akan jadi teman setia

tetiba jea terbuat poem huhuuhu
entry sebenar mahu ceritera perihal kehidupan shaye
humppphhh~

shaye rasa sedikit terkilan bila orang bercerita perihal kerjayes shaye
pangkat memang ada
best lak tuh bunyi kalau di sebut
bikin panas hati je pada yang mendengarnyep

huhuhh..
tapi bila ditanya perihal gaji
shaye otomatik akan terkelu lidah

adeysss
tak sanggup nak taip angkanya di sini
hummpphhh perihal gaji sungguh buat shaye jadi sensitip seketika
tapi apa yang shaye boleh buat?
walaupon kerja memang berat
tapi imbuhan tak semegah yang orang lihat

shaye mahu jadi manusia yang bersyukur
tapi bila mengenangkan perihal itu otomatik akan buat shaye panas hati
oouuhhh its so complicated~!!

memang penat
bila kita yang buat kerja
orang laen yang dapat upah
ouhh dalam hati naseb baik la kau orang tua
penat juga tau nak bermuka baik dengan orang-orang sebegini
adeysss lagi penat bila orang kau tolong tuh lansung tak rasa apa-apa
buat muka tak bersalah lagi adalah
sebal betul rasa

haiihhh sampai bilalah nak macam ni?
harus ada anjakan paradigma semaksimum mungkin
harus percaya ada hikmah di sebaliknya
harus redha dengan qada dan qadarnya

tapi.. ouuhhh masih ada tapinya
shaye masih belum kuat
jadi shaye masih mahu bilang
bahawasanya shaye hanya rasa sedikit penat
dan shaye harap rasa penat yang sedikit itu lama-kelamaan akan ghaib dari kehidupan shaye~!!


Thursday, April 15, 2010

:: Pengalaman beliau,Rozita Sendayu Tinggi terlalu mahal harganya ::

We will never know hidayah Allah akan singgah pada siapa, di mana dan bila.
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.



Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang. Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.



Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.



Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu. Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati.



Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia. Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk. Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.



Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini. Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.



Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.



Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.



Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.



“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya.



Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ . Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?



Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat.



Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.



Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

* rozita sendayu tinggi *

Wednesday, April 14, 2010

:: melayu sekarang ::

bukan niat mahu membuka aib diri sendiri. cuma mahu berbicara tentang realiti. sudah terlalu lama memendam isi hati. perasaan kecewa bertukar benci. nama pun manusia. walaupun sebaik-baik ciptaan tapi seburuk-buruk perangai. setelah diamati,terlalu banyak yang telah tergelincir. terlalu banyak nafsi-nafsi. berpoya-poya dah tak kira jenis,kawan-lawan semua kau tibai. makan-minum semua kau telan. walaupun baju belum siap di jahit kau dah try. kau bukan orang yang kurang akal. sebaik-baik ciptaan kort. tapi memang kau suka memperbodohkan diri kau sendiri. itulah manusia. tak pernah puas dengan apa yang di beri.
melayu ooohhh melayu
perlu ke saya bangga menjadi orang melayu
perlu ke saya teruja bila bangsa lain mengumpat bangsa melayu
perlu ke saya menepuk tangan bila statistik menunjukkan mat rempit majoriti orang melayu
perlu ke saya tersenyum bila melihat bayi-bayi yang terbuang kebanyakkan mirip orang melayu
tolonglah
sungguh saya malu
sungguh saya terkedu
sungguh saya kecewa
rasa fobia pon ada
buka tv nak tengok berita pon dah rasa jelik
beli surat khabar pon dah rasa "not worth it" pon
dah tak larat nak tengok gelagat orang melayu yang dah lupa agama
terlalu banyak kejahilan yang berlaku di depan mata
hinggakan yang haram seakan-akan sudah bertukar status
yang halal pula seakan memalukan
bukan mahu menghukum
tapi bukti dah di depan mata
bukan mahu sabotaj
tapi itu lah hakikat
......................................
*saya sayang bangsa melayu. saya juga orang melayu. entry ini hanyalah luahan hati saya yang dah tak sanggup nak lihat realiti kehidupan masa kini. saya tidak mahu di jajah lagi~!! dari segi fizikal mahupon mental~!!*

Tuesday, April 13, 2010

:: Pernah tak anda rasa? ::

rasa tak menentu
rasa serba tak kena
rasa gelisah
rasa serabut
hummmpphhh
bila dah rasa cam tuh apa yang korang buat?
tolong beri saya nasihat
sumpah saya rasa
rasa
ermmm ermmm ermmm
rasa tak bersemangat langsung
makan rasa tak ada nikmat
tidur rasa tak lena
on FB rasa bosan
kerja rasa jemu
penyakit sungguh ni
pelik lagi ajaib ni
silalah syuhhhh dari diri ini
sila bagi petunjuk
sila bagi nasihat
sila bagi penawar
......................................
=.="

Monday, April 5, 2010

:: saya tahu dan dia pun tahu dan sudah tentu Allah pun tahu ::

memang sentap bila ada "kawan" mempersoalkan status saya pada ketika ini.
kamonlah bukan saya buat keputusan ini bersendirian. dia pun tahu. perlu kah saya info anda untuk setiap keadaan hubungan saya dengan dia.
ouh please. macam ini jenis orang pon ada ke?
susah amat ke anda mahu mendoakan kebahagian diri saya?
ouh muka anda pasti menguntum senyuman busuk ketika membaca status saya di muka buku. saya pasti~!! saya kenal anda. saya tahu. komen-komen anda di situ sudah membuktikannya.
tapi sumpah saya tak terkejut kerana saya dan sahabat-sahabat lain pun sudah arif dengan perihal perangai anda..
kasihan dengan orang sebegini.
sekian~!!
✖‿✖

Friday, April 2, 2010

:: setelah berkurun tak menjengah dapur ::

Baca tajuk entry je musti boleh agak. Ni tak laen musti pasal makananlah kan. hahahaha.. (◕‿-).. Actually saya ni terkatogeri dalam golongan yang memang rajin tahap suam-suam kuku aja dalam bab masak memasak ni. tapi bab makan toksah cakap. tolak batu ngan kayu aje ye. Berbagailah alasan yang saya beri jika seisi rumah mahu merasa air tangan saya ni. mahal babe. hahahaa. bukan saya tak tahu masak ok. tahu tapi tak handal. yelah nak handal macamana nak ke dapur pun liat. Ngehh. tapi malam semalam nak tak nak,mahu tak mahu terpaksalah saya take over tugas mak yang satu ni (¬_¬)". kerana bonda yang tercinta mengadu keletihan melayan keletah si kurus ((sila rujuk entry my powerpuff girls)), so dalam keadaan paksa rela saya pon menjengah juga ke dapur untuk tukar profession. Menu pilihan saya ialah sardin masak asam. Haha. Tak payah ambil subject ERT pon teror kot masak sardin bak kata mak saya gara-gara tak berpuas hati dengan menu pilihan saya tersebut. Dahla "rajin" bebenar masuk dapur pastu menu yang nak dimasak 10 minit pon dah siap. Mak bermonolog sendirian di meja makan. Hahaa. Ngehhh. tenyata telahan mak tepat sekali. selepas 10 minit saya menghayun senduk dan belanga di dapur siaplah sardin masak asam saya yang tak semegah tu. resepi di rahsiakan okeh. hahahahaha.. Taraaaaaa

*ampun~!! tak tahu ngape gambar jadi cam nie~..

Thursday, April 1, 2010

:: peringatan untuk diri sendiri dan teman bloggers yang dicintai~!! ::

Jika ada di antara ahli keluarga kita (isteri, adik, akak, mak, anak atau saudara asal berjantina perempuan dalam bahasa omputehnya female) mempunyai ciri-ciri seperti di bawah, haruslah diperbetulkan.Jangan hanya dibiarkan, berserah atau ambil jalan pintas seperti diceraikan, kahwin lain, putuskan hubungan dan sebagainya.Ingatlah bahawa wanita, kami ini amanah bagi lelaki dan ibu bapanya.Didiklah kami kerana ia akan disoal pada hari pembalasan kelak....Semoga perkongsian ini dapat memberi kebaikan kepada kita semua, insyaAllah.Apa yang kurang itu datang dari diri ini, yang baik itu dari Allah yang Maha sempurna.


Wanita yang dicintai IBLIS.
  • Wanita yang menderhaka kepada Allaha Tidak mengenal Allah
  • Cinta dunia takut mati - suka kemewahan dunia untuk bersenang-lenang bukan untuk dakwah
  • Hati yang kotor Melakukan dosa - tak bertaubat kalau tersilap, tp syok je.. terus buat lagi dan lagi
  • Tidak mahu berdoa - sombong dgn Allah
  • Wanita PENDENDAM
  • Wanita yang menderhaka kepada ibu bapa
  • Menyakiti ibu bapa.
  • Isteri yang derhaka kepada suami
  • Isteri yang menolak panggilan suami
  • Mendedahkan aurat kepada lelaki selain suami
  • Tidak redha dengan pemberian suami - walaupun murah
  • Menyakiti hati suami
  • Mengejek dan mengutuk suami
  • Membenci poligami
  • Isteri yang derhaka kepada MERTUA (ibu bapa kepada suaminya).
  • Wanita yang mendedahkan aurat
  • Menampakkan perhiasan
  • Melakukan kemungkaran
  • Wanita yang menyukai fitnah
  • Berpakaian tapi telanjang - ketat, jarang, warna yang terlalu 'meriah', wangi harum semerbak ((i followwww youuuuuu))
  • Wanita yang menyerupai lelaki
  • Dari segi pakaian
  • Dari segi suara.
  • Wanita yang menyerupai orang kafir
  • Dari segi pakaian
  • Dari segi perbuatan
  • Memakai pakaian yang ada tanda salib
  • Memakai pakaian yang ada gambar makhluk bernyawa.
  • Wanita yang tidak mahu mengurus anak
  • Mengabaikan anak
  • Cerewet kepada anak
  • Memandang remeh dan menengking
  • Tidak mahu berkumpul dan beramah mesra
  • Sibuk bekerja Mengutamakan harta benda daripada anak / keluarga

baca-bacakan dan selamat mengomen =.="..

*sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah -tangan yang di sangka lembut mampu mengoncang dunia~!!

:: panggillah apa saja asal kamu ikhlas! ::

adat orang bercinta
adat orang berteman
adat orang bersahabat
ada saja nama timangan yg diberi
pa,ma,sayang,anje,b,baby,babe,nok,dear,abang,awak, saya,bro...etc....
panggillah apa saja
asalkan kamu ikhlas
asalkan orang yang kamu panggil itu selesa
asalkan mereka suka
asalkan mereka gembira~!!
kalau saya,saya selesa "berawak saya" dan "kita-orang" tak kira orang itu baru saya kenal or dah lama~!! tehheheeh