Wednesday, April 14, 2010

:: melayu sekarang ::

bukan niat mahu membuka aib diri sendiri. cuma mahu berbicara tentang realiti. sudah terlalu lama memendam isi hati. perasaan kecewa bertukar benci. nama pun manusia. walaupun sebaik-baik ciptaan tapi seburuk-buruk perangai. setelah diamati,terlalu banyak yang telah tergelincir. terlalu banyak nafsi-nafsi. berpoya-poya dah tak kira jenis,kawan-lawan semua kau tibai. makan-minum semua kau telan. walaupun baju belum siap di jahit kau dah try. kau bukan orang yang kurang akal. sebaik-baik ciptaan kort. tapi memang kau suka memperbodohkan diri kau sendiri. itulah manusia. tak pernah puas dengan apa yang di beri.
melayu ooohhh melayu
perlu ke saya bangga menjadi orang melayu
perlu ke saya teruja bila bangsa lain mengumpat bangsa melayu
perlu ke saya menepuk tangan bila statistik menunjukkan mat rempit majoriti orang melayu
perlu ke saya tersenyum bila melihat bayi-bayi yang terbuang kebanyakkan mirip orang melayu
tolonglah
sungguh saya malu
sungguh saya terkedu
sungguh saya kecewa
rasa fobia pon ada
buka tv nak tengok berita pon dah rasa jelik
beli surat khabar pon dah rasa "not worth it" pon
dah tak larat nak tengok gelagat orang melayu yang dah lupa agama
terlalu banyak kejahilan yang berlaku di depan mata
hinggakan yang haram seakan-akan sudah bertukar status
yang halal pula seakan memalukan
bukan mahu menghukum
tapi bukti dah di depan mata
bukan mahu sabotaj
tapi itu lah hakikat
......................................
*saya sayang bangsa melayu. saya juga orang melayu. entry ini hanyalah luahan hati saya yang dah tak sanggup nak lihat realiti kehidupan masa kini. saya tidak mahu di jajah lagi~!! dari segi fizikal mahupon mental~!!*

No comments:

Post a Comment