Tuesday, March 30, 2010

:: rindu kalian ::

kalian is the best
my besties forever


kalian buat zaman remaja+sekolah saya bermakna
hummmppphh sungguh rindu amat pada kalian



dari belakang = nor hidayah , farah liyana , vice versa and juhana


dari kiri = zuraini , amiza hazirah , vice versa and nor hidayah

kami berkenalan di sebuah sekolah menengah yang mempunyai hostel ketika ditingkatan satu (1). normally mana ada kenal terus baek kan. gaduh-gaduh manja dulu. jeling-jeling ngada dulu. dah kenal tune memasing barulah start friendship.

kelas kami memang glamour habis lah time sekolah dulu. kami 1st batch yang amik aliran agama. duduk,makan,mandi,belajar kt hostel. classmate kami semua perempuan. so memang jadi kegilaan budak lelakilah masa tu. hot stuff la lebih kurang. hahhahaha.

kami dulu suka sangat baca novel + komik. time cikgu mengajar pon boleh layan. jangan tiru ya. kami "hantu" kepada komik gempak. coz dalam komik tu ada 1 cerita bersiri tajuk dia -under 18-. start dari itulah kami gelarkan geng kami under 18.

hahahaha sangat tak boleh blah. kalau you all pernah baca komik tuh,korang musti tahu watak dalam komik tuh camnakan. mak aiihh gangster habis lah mereka tuh. kami kat sekolah dulu pun macam tuh juga. tapi bukan gangster. cuma nakal. classmate yang lain pun tak suka sangat ngan kami. yelah budak nakal. mana ada orang nak dekat.

tapi kami ni famous . jangan tak tahu. salah satu sebab is leader kami nor hidayah juga merupakan ketua kelas kami untuk 3 tahun babe. dari tingkatan 1 sampai 3. muka dia jelah. hahhaa. bukan tak ada calon laen. tapi beliau sangatlah komited. paling best beliau gak merupakan pelajar harapan sekolah.

banyak kenangan yang kami cipta. ada 1 ni yang saya nak share.masa ni kami tingkatan 3. normallah kalau dah duduk kat hostel musti kena solat berjemaah. kami bukan liat solat jemaah tapi kami memang pangkah kalau junior kami yang sorang ni jadi imam. orang nya alim. so bila dah alim solat pun lama lah. dahla jadi imam untuk solat isyak. ngantuk babe nak tunggu dia habis baca surah. nak dijadikan cerita kami pun plan nak solat sendiri. kononnya pas habis solat nak terus cabutlah. so bila dah buat plan macam tuh kenalah amik saf yang paling belakang. beria-ria kami mengaminkan iqamah. lepas je junior kami tu start angkat takbir kami pon start. tongang tonggek kami solat. macam kilat. orang laen baru habis rakaat kedua kami dah habis solat. masa tuh memang suka habis la. tapi baru je nak kemas telekung semua masing-masing pucat. coz rupanya ustazah selaku warden dok berdiri relax kat belakang kami masa kami ngah syok bersolat. alamatnya dah terkantoilah kami masa tuh. dahlah beliau ustazah. so memang menjadi kepantangan bagi beliau bila ada student yang cilok-cilok ni. memang berasaplah telinga kami masa tuh. malu toksah cakaplah. classmate yang laen semua marah. cz dah potong masa diorang nk study. rasa nyesal pon ada. tapi yang paling kelakar bila ustazah tanya kenapa kami buat macam tuh,saya tanpa berfikir panjang terus menjawab "siddiqah lambat sangtlah ustazah. bacaan untuk rakaat pertama pon dah berjela2". pastu ustazah jawab "baik.siddiqah lepas ni ustazah lantik awak jadi imam untuk solat isyak! setiap hari".. kami terus buat muka toyar. nyesal babe. lepas je peristiwa tu ustazah hari-hari meronda surau masa solat isyak. =.=" huhuhuhuhu..

sekarang ni semua tuh jadi kenangan manis buat saya. nor hidayah belajar di uitm puncak alam. degree in .... apa ntah ((susah nak sebut)) bila dah habis belajar nanti beliau akan jadi pakar mata.

juhana pon sedang amik degree di uitm shah alam. amik QS. zuraini pula sedang belajar di usm, kedah. habis belajar nanti beliau akan jadi pakar fizik. amiza kat ums, labuan sekarang. amik banking management. farah liyana pula sedang berpraktikal. saya pula sedang membina kerjaya di sebuah syarikat swasta.

under 18, walaupun usia kita sudah menginjak 20-an, tapi kita tetap maintain as a best friends forever okeh.

may ALLAH bless~!!

love you guysss!!


ceritera ini telah di edit sedikit yeah~!! huuuhuh

4 comments:

  1. ttba tingat zaman stdy dlu..rndu kwn2 lama gak..=(

    ReplyDelete
  2. pendapat saya kawan sekolah is terhebat.. huhuhuhu rindu gle kt dorang

    ReplyDelete
  3. oit ade blogspot x bgtao..ceiiitt~~
    i like dis post~~~rindu sgt2 time skola ^_^

    ReplyDelete
  4. juhana aku baru buat lah.. huhuhuhuakhir bulan lepas kot.. ngeh =)

    ReplyDelete